suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tukang sapu dipukul, diludah halang budak lelaki berak tepi jalan

HENAN: Seorang tukang sapu di wilayah Henan, China dipukul oleh sepasang suami isteri selepas dia menghalang anak mereka daripada membuang air besar di tepi jalan.

Sebuah video mengenai kejadian itu tular di media sosial China, seperti dilaporkan oleh Shanghai.ist Khamis lalu.

Pasangan itu meminta maaf kepada mangsa, Yao Xiang, 66, atas apa yang mereka lakukan. Mereka juga telah membayar bil perubatan Xiang.

Dalam kejadian itu, Xiang sedang membersihkan taman dan ternampak seorang kanak-kanak mahu membuang air besar di tepi jalan. Dia segera menuju ke arah budak lelaki itu untuk menghalangnya daripada berbuat demikian.

Bagaimanapun, tindakannya mencetuskan kemarahan ibu bapa kanak-kanak itu yang memakinya dan menyerangnya secara fizikal kerana menyentuh anak mereka.

Video itu, yang pertama kali dimuat naik di saluran Miaopai, menunjukkan bagaimana Xiang dipukul oleh pasangan suami isteri itu.

Bapa budak lelaki itu menarik rambutnya sehingga tukang sapu itu terjatuh ke tanah.

Sementara itu, ibunya pula bergaduh dengan dengan seorang individu di situ ketika cuba menghalang mereka daripada memukul Xiang. Dia juga dilihat meludah kepada Xiang.

Pihak berkuasa tiba tidak lama selepas kejadian itu dilaporkan metizen, menurut laporan itu.

Ibu bapa kanak-kanak itu dibawa ke balai polis sementara tukang sapu tersebut dibawa ke hospital terdekat.

Xiangmengalami bengkak dan lebam akibat kejadian itu.

"Bila kamu kerja sebagai tukang sapu, orang sentiasa memandang rendah terhadap kamu," kata Xiang dalam laporan itu. - Philippine Daily Inquirer/Asia News Network/Star Online

tukang sapu, berak

Artikel Lain