suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dirogol empat pelajar lelaki, gadis dilarang daftar sekolah kerana hamil

SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun bukan sahaja dirogol empat rakan sekolahnya, malah dia juga dinafikan hak pendidikan setelah insiden itu terbongkar.

Dalam kejadian pada Ogos lalu, mangsa yang tinggal di asrama sekolah dirogol sebelum dia didapati mengandung akibat perbuatan khianat itu.

Namun, lima kakitangan sekolah itu didakwa cuba menyembunyikan kejadian tersebut.

Ia bukan sahaja tidak dilaporkan kepada polis dan ibu-bapanya, malah dia juga dipaksa mengambil sejenis minuman bagi menggugurkan kandungannya.

Ibu-bapa mangsa yang berang setelah mengetahui kejadian itu cuba untuk memindahkan anak mereka ke sekolah lain.

Disebabkan kandungannya, sekolah berkenaan enggan menerima mangsa dan menyifatkan kehadirannya akan menggangu 'atmosfera' pembelajaran di situ.

Polis kini sedang menyiasat laporan berkenaan. Selain empat remaja lelaki, kakitangan sekolah tersebut turut disiasat.

"Kami sedang meneliti aduan dan laporan ibu-bapa mangsa.

"Kami akan hantar pasukan penyiasat ke sekolah itu. Kami juga sedang meneliti tindakan undang-undang yang bersesuaian untuk kes ini," ujar seorang pegawai polis.

Sementara itu, pengerusi suruhanjaya perlindungan hak kanak-kanak (USCPCR), Usha Negi turut mengecam tindakan sekolah berkenaan yang cuba menggugurkan kandungan mangsa.-Mirror.UK.

 

 

Rogol, Sekolah, India

Artikel Lain