suria

63 mayat, janin bayi ditemui di rumah pengebumian

KIRA-kira 63 mayat dan janin bayi ditemui disembunyikan di sebuah rumah pengebumian di Detroit.

Polis menjumpai 36 janin bayi yang disimpan di dalam kotak kadbod manakala 27 lagi di dalam sebuah peti ais selepas satu serbuan dilakukan ke atas Perry Funeral Home.

Beberapa mayat yang ditemui di dalam peti sejuk beku bertarikh pada 2015.

Pihak berkuasa turut membatalkan lesen dan menutup rumah tersebut selepas mendapati ia dalam keadaan terabai dan kakitangannya cuai dalam mengendalikan mayat.

Kira-kira 11 mayat bayi reput ditemui disorok di atas siling rumah mayat Cantrell, Detroit pada 14 Oktober lalu.

Ketua Polis james Craig berkata satu pasukan petugas dibentuk bagi menyiasat kes berkenaan.

Kes itu terbongkar selepas polis menerima maklumat daripada seorang bapa yang terlibat dalam saman sivil berkenaan pengebumian anak perempuannya yang didakwa dilakukan secara cuai oleh rumah tersebut.

Pada 14 Oktober lalu, polis di bandar berkenaan turut menemui 11 mayat bayi reput yang disorok di atas siling rumah mayat Cantrell.

Ia terbongkar selepas polis dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi sepucuk surat yang dihantar individu misteri.

Bagaimanapun Craig mengesahkan kedua-dua kes tidak mempunyai kaitan. - Dailymail.co.uk

bayi, janin

Artikel Sebelum

Artikel Lain