suria

Jatuh masuk bawah tanah ketika syok berparti

SEKUMPULAN peserta parti dimasukkan ke hospital setelah jatuh daripada ketinggian beberapa kaki apabila lantai bangunan sebuah apartmen runtuh sewaktu pesta diadakan dekat Universiti Clemson di Carolina Selatan, Amerika Syarikat.

Sebahagian besar kawasan lantai runtuh pada awal pagi Ahad ketika mereka berpesta dengan menari di kompleks pangsapuri Woodlands of Clemson.

Rakaman mengejutkan daripada parti itu menunjukkan orang melompat ketika mereka menari dan pada masa sama lantai itu turut runtuh.

Orang ramai jatuh dari tingkat pertama ke ruang bawah tanah.

Mangsa-mangsa didengari menjerit ketika cuba memanjat keluar daripada timbunan badan mereka yang jatuh itu.

Pihak berkuasa berkata, 30 mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran untuk dirawat.

Kawasan itu telah disewa untuk mengadakan parti persendirian.

Pandangan luar lokasi kejadian.

Raven Guerra, 20, yang berada di parti itu memberitahu GMA: "Pada ketika saya meletakkan satu kaki keluar pintu, saya merasakan sesuatu yang pelik dan ketika itulah semua orang jatuh dan lelaki di belakang saya hilang.

"Bila paling ke belakang dan melihat sekumpulan orang yang sebelum ini berada di tingkat dua dan kemudian berada di ruang bawah tanah itu benar-benar terjadi dan ramai yang menangis. Sukar untuk terima apa yang berlaku," katanya.

Jabatan Polis Clemson berkata, tiada siapa yang terperangkap dalam insiden itu dan kecederaan yang berlaku tidak mengancam nyawa. - Daily Mail

parti

Artikel Lain