suria

Mesej terima kasih buat juruterbang penyelamat wanita mengandung

BENCANA alam yang melanda Kerala mengakibatkan lebih 700,000 penduduknya terpaksa diselamatkan dalam kejadian banjir yang ketika ini mencecah tahap bahaya apabila kerajaan mengeluarkan amaran merah.

Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan bagaimanapun memberi jaminan akan berusaha keras untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap.

Setiap hari ada saja berita mengenai usaha pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan, orang perseorangan mahupun golongan nelayan yang membantu penduduk terperangkap.

Terkini, bumbung sebuah rumah di Kochi dicat perkataan 'THANKS' bagi menyampaikan rasa terima kasih kepada Komander Tentera Laut, Vijay Varma apabila anggotanya telah menyelamatkan dua wanita di kawasan itu pada 17 Ogos lalu.

Juruterbang pasukan tentera itu telah menyelamatkan wanita mengandung di kawasan banjir berhampiran lapangan terbang Kochi.

Sebaik diterbangkan ke Hospital Tentera Laut Sanjivani, dia telah melahirkan anak lelaki.

Misi menyelamat wanita itu memerlukan juruterbang yang cekap untuk memastikan helikopter yang dipandu dalam keadaan stabil semasa membawa wanita mengandung itu naik ke dalam pesawat.

Video misi berkenaan telah tular di media sosial.

"Kami mendapat SOS dan mengesan mereka berada di Kochi, walaupun sukar melaksanakannya tetapi ia satu kepuasan kerana dapat menyelamatkan wanita itu," kata Varma.


Kochi, terim kasih, helikopter

Artikel Lain