suria

Kerapu gergasi 78kg dilelong RM161,000

IKAN kerapu gergasi yang dilelong di selatan China pada harga 270,000 yuan (AS$39,300) atau bersamaan lebih RM161,000 akan dimasak untuk hidangan pelanggan restoran.

Mencecah 78 kilogram, tangkapan itu antara hasil terawal pada musim ini yang dilelakong di Beihai, wilayah Guangxi Zhuang, lapor Beijing Youth Daily.

Ikan yang ditangkap pada awal pagi Sabtu itu dianggarkan  berusia antara 30 hingga 40 tahun dengan ukuran 1.5 meter panjang.

Bagai penduduk China, peluang menikmati hidangan hasil tangkapan pada awal musim boleh membawa tuah.

Mendapat jolokan "Raja Ikan", ia pada mulanya dibida sebanyak 21,888 yuan dan meningkat sehingga 270,000 yuan hanya selepas 10 minit.

"Saingan hebat sebaik lelongan bermula kerana setiap peniaga yang terlibat mahu mendapatkannya," kata seorang pemerhati proses itu.

Akhirnya seorang wanita yang juga pemilik restoran berjaya memilikinya dan merancang untuk memasaknya untuk dijual kepada pelanggan.

Selain kerapu gergasi itu, tujuh jenih ikan lain turut dilelong dan mengumpul sebanyak 400,000 yuan bagi tujuan kebajikan.-SMCP

kerapu, Beihai

Artikel Lain