Banyak minum, lelaki 24 tahun kencing atas penumpang Jepun ketika dalam penerbangan - Dunia | mStar

Banyak minum, lelaki 24 tahun kencing atas penumpang Jepun ketika dalam penerbangan

-foto Getty

SEORANG lelaki Amerika ditahan kerana kencing di atas penumpang lain semasa dalam penerbangan.

Lelaki berusia 24 tahun itu terbang dari Chicago ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, di Tokyo, Jepun, menaiki penerbangan All Nippon Airways (ANA) pada Jumaat.

Mangsa, seorang lelaki Jepun berusia 50 tahun, berkata dia tidak kenal malah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan penumpang dari Amerika tersebut.

Dia dipercayai duduk dua baris di belakang suspek dalam penerbangan itu.

Polis berkata lelaki Amerika itu telah minum sekurang-kurangnya lima gelas champagne dan segelas sake (arak Jepun) sebelum kejadian.

Japan Today melaporkan bahawa suspek kemudian berkata bahawa dirinya tidak dapat mengingati semula apa yang telah dilakukannya.

Dia ditahan oleh anak kapal dan diserahkan kepada polis sebaik sahaja pesawat itu mendarat di Jepun. -MetroUK

kencing , pesawat , penerbangan

Artikel Sebelum

Kerapu gergasi 78kg dilelong RM161,000

Artikel Berkaitan

Artikel Lain