suria

Golek-golek bebola nasi dalam mangkuk tandas, kemudian makan!

GELAGAT pekerja syarikat teh di China dirakam sedang menikmati bebola nasi yang dihidangkan dalam mangkuk tandas lelaki telah tular baru-baru ini.

Rakaman video jamuan tengahari yang diadakan dalam tandas syarikat berkenaan menunjukkan kira-kira 25 pekerja Kumpulan Tenfu hadir pada majlis itu.

Acara tahunan ini bagi membuktikan keutamaan aspek kebersihan yang diamalkan syarikat berkenaan.

"Syarikat kami amalkan tradisi latihan tandas untuk penyelia selama 25 tahun," demikian menurut seorang pengurus kanan menerusi visual itu.

Menerusi klip berasingan, seorang wanita yang juga penyelia di syarikat di Zhangzhou, wilayah Fujian itu telah meletakkan beberapa bebola nasi ke mangkuk tempat membuang air kecil lelaki.

"Rasanya saya bagaikan telah 'menggorengnya'...jadi biarlah saya menjadi yang pertama menikmatinya," katanya sambil menggolek-golekkan bebola nasi itu.

Selepas itu, beberapa lagi pekerja dilihat mengambil bebola nasi itu dan memakannya, manakala individu lain dilihat duduk di meja yang diletakkan di tengah tandas itu.

Seorang pekerja am yang bertugas membersihkan tandas di pejabat syarikat itu berkata:"Saya sentiasa melakukan yang terbaik untuk menjamin kebersihan termasuk tiada bau kurang enak dalam tandas hinggakan mereka boleh makan di sini.

Majlis ini telah berlangsung 4 Julai lalu dan dimuat naik ke Weibo, minggu lalu.-SCMP

Tenfu, Weibo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain