suria

Mayat bayi disumbat tisu tandas ditemui dalam pesawat AirAsia

Gambar hiasan

SEORANG bayi yang telah meninggal dunia ditemui dalam tandas pesawat selepas ibunya melahirkannya semasa penerbangan.

Kakitangan pesawat AirAsia India terjumpa dengan bayi berkenaan ketika sedang membuat persediaan untuk mendarat, Rabu.

Semua penumpang wanita disoal siasat selepas pesawat dari Imphal itu tiba di New Delhi, utara India dan ibunya, yang dikatakan di bawah umur, telah ditangkap.

Bayi malang itu ditemui dengan kertas tandas disumbat di mulutnya, menurut laporan tempatan.

AirAsia adalah syarikat penerbangan asing pertama yang menubuhkan anak syarikat di India.

Pengangkutan tambang murah dari Malaysia itu menjalinkan usaha sama antara AirAsia Berhad dan konglomerat India Tata Sons.

Jurucakap AirAsia berkata: "Perkara ini telah dilaporkan kepada Ketua Pengarah Penerbangan Awam Kerajaan India, (DGCA).

"Kami akan membantu dalam siasatan dan berkerjasama dengan semua agensi yang berkenaan." -MetroUK

bayi, mayat, AirAsia

Artikel Lain