suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angkat ketiak tunjuk iklan

Foto Wakino Ad Company

DALAM banyak tempat untuk diiklankan pada manusia, ketiak merupakan senarai paling akhir untuk kebanyakan orang.

Bagaimanapun, sebuah syarikat Jepun percaya mereka adalah syarikat utama hartanah dan sedang merekrut model wanita muda untuk berjalan dengan iklan mereka di ketiak.

Menjadikan 'papan iklan' yang bernyawa bukanlah yang pertama kali dihasilkan.

Foto Wakino Ad Company

Brandon Chicotsky telah 'memajak' kepala botaknya sebagai ruang iklan kepada syarikat-syarikat yang sedaia membayarnya ratusan dolar sehari selama bertahun-tahun.

Begitu juga dengan kes Hostgator M. Dotcom, yang melukis tatu logo syarikat di mukanya bagi meraih pendapatan.

Sementara itu, syarikat Wakino Ad Company pula mempertaruhkan ketikan sebagai ruang iklannya.

Dengan bayaran serendah AS$89.99 (RM364.7), Wakino akan melekatkan 'iklan' pada ketiak model muda yang ditugaskan untuk mempamerkannya kepada umum sebaik mungkin.

Foto Wakino Ad Company

Wakino Ad Company baru sahaja memulakan operasi, jadi ia perlu mengeluarkan beberapa konsep bagi membantu pelanggan berpotensi untuk mendapatkan gambaran visual yang lebih baik.

Menariknya, Wakino bukanlah syarikat pertama yang menggunakan wanita 'bernyawa' sebagai papan iklan.

Pada 2013, syarikat Absolute Territory PR membuat kejutan apabila memaparkan iklan pada paha wanita muda. - odditycentral

ketiak, iklan, Wakino Ad Company

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain