suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakan Meghan berdepan penjara 20 tahun di Arab Saudi

Megan (kiri) dan Loujain Al Hathloul (tengah). Foto Mirror Online UK

SEORANG aktivis hak asasi wanita yang pernah bergambar bersama Duchess of Sussex untuk sesi penggambaran untuk majalah Vanity Fair berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun.

Dia didakwa membuat pengakuan bersubahat bersama musuh-musuh Arab Saudi.

Loujain Al-Hathloul, 28, merupakan antara sembilan wanita yang ditahan dalam operasi di negara Arab itu, Mei lalu.

Ketika itu, Arab Saudi baru hendak membenarkan wanita di negara itu memandu buat pertama kali.

Loujain bukan sahaja berdepan dengan hukuman penjara, malah lebih berat lagi iaitu hukuman mati.

Penahanan Loujain dua tahun selepas dia menghadiri kemuncak kemanusiaan 'One Young World' bersama Meghan Markle yang ketika itu masih belum berkahwin, Emma Watson, Cher dan Perdana Menteri Kanada, Justin Truedau.

Menerusi satu foto, Meghan bergambar bersama Loujain, penyair, Fatima Bhutto dan bekas Presiden Ireland, Mary Robinson. - Mirror Online UK

Artikel Sebelum

Angkat ketiak tunjuk iklan

Artikel Berikut

Artikel Lain