suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empangan runtuh: 26 pekerja terkandas di Laos

HANOI: Syarikat Vietnam, Hoang Anh Gia Laidi menyewa sebuah helikoper untuk memindahkan 26 pekerjanya yang terkandas di Laos, selepas sebuah empangan hidroelektrik di wilayah Attapeu runtuh pada malam Isnin.

Pekerja terdiri 25 warga Laos dan seorang rakyat Vietnam itu, terkandas selepas limpahan air Empangan Hidroelektrik Xe Pian-Xe Nam Noy mencetuskan banjir.

Lima pekerja kilang gergaji berjaya keluar dari kawasan terjejas, lapor agensi berita Xinhua memetik agensi berita Vietnam (VNA).

Menurut pihak berkuasa Laos, kejadian itu menyebabkan ramai masih disenaraikan hilang.Projek kuasa hidroelektrik Xe Pian-Xe Nam Noy yang sedang dibina oleh Xe Pian-Xe Nam Noy Power Company (PNPC), usaha sama antara syarikat-syarikat Korea Selatan, Thailand and Laos itu dianggarkan bernilai US$1.02 bilion.

Ia dijangka berupaya menjana kuasa elektrik tahunan sebanyak 1,860 GWh.-Bernama

Empangan runtuh

Artikel Lain