suria

Perkhidmatan MRT Diberhentikan Sementara

SINGAPURA: Perkhidmatan tren antara stesen Joo Koon dan Tuas Link diberhentikan sementara pada Khamis bagi membolehkah pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut selepas dua kereta api berlanggar pada Rabu.

Perkhidmatan bas disediakan untuk penumpang yang terjejas.

Para penumpang juga harus bersedia dengan jangkaan tren di laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat untuk tiba lebih lambat, kata pihak berkuasa pada Rabu.

Selang dua minit antara tren yang ditetapkan sebelum ini akan menjadi perlahan antara 2 minit setengah ke tiga minit.

Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata, ia terpaksa dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga sementara selepas perlanggaran berlaku pada pagi Rabu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 29 orang cedera.

"Kami mahu memastikan punca sepenuhnya diketahui agar langkah sewajarnya boleh diambil segera.

"Apabila semuanya sudah selesai, kita akan kembali beroperasi," kata Timbalan Ketua Eksekutif bagi infrastruktur dan pembangunan LTA, Chua Chong Kheng. - The Straits Times/Asia News Network

MRT Singapura

Artikel Sebelum

Era Mugabe Bakal Berakhir

Artikel Berikut

Artikel Lain