suria

Temui Kesan Tembakan, Dera Pada Mayat

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 30 mayat dengan kesan tembakan dan penderaan ditemui di sebuah kawasan di barat ibu negara Libya, susulan pertempuran antara dua kumpulan bersenjata.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Libya (NCHR), Ahmad Hamza, mangsa adalah penentang pasukan gabungan kerajaan yang ditahan sebelum dibunuh.

"Semua mayat ditemui penduduk tempatan di jalan raya berhampiran bandar Alhira, kira-kira 60 kilometer di barat daya Tripoli," katanya di sini.

Bandar di kawasan Wershafana itu menjadi lokasi pertempuran pasukan tentera pakatan diiktiraf pihak antarabangsa bagi menentang kumpulan bersenjata minggu lalu, termasuk yang setia dengan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

"Keluarga mangsa tidak dibenarkan membawa balik mayat atas alasan yang tidak dinyatakan.

"Mengikut bahagian dokumentasi, selain pemantauan NCHR, ada tanda mangsa ditembak di dada dan kepala," kata Ahmad. - Reuters

Alhira, Tripoli

Artikel Sebelum

Kerja 38 Hari, Upah $6

Artikel Berikut

Artikel Lain