suria

Lelaki Buat Seks Di Kaunter Pizza Bengang Dihukum

PASANGAN yang ditangkap melakukan seks di sebuah restoran pizza Domino's terlepas hukuman penjara.

Rakaman CCTV menunjukkan Daniella Hirst dan Craig Smith melakukan seks dan aksi tidak senonoh di tepi kaunter restoran tersebut sambil pekerja di situ lalu-lalang, awal tahun ini.

Pasangan tersebut yang melakukan adegan terlampau itu di cawangan Castle Road, di Scarborough, muncul di Mahkamah Majistret Scarborough petang Selasa.

Hirst, 29, dari Bridlington, dikenakan perintah komuniti 12 bulan dan perintah berkurung selama 23 minggu.

Dia juga diperintahkan untuk menjalani pemulihan selama 10 hari dan diperintahkan untuk membayar surcaj £85.

Smith, 31, juga dari Bridlington, turut dikenakan perintah kemasyarakatan 12 bulan, termasuk 23 jam perintah berkurung.

Dia juga diperintahkan untuk menjalani 15 hari pemulihan, 200 jam kerja tanpa gaji dan membayar surcaj £85.

-fotoPAwire

Apabila diberitahu bahawa dia perlu melakukan pekerjaan selama 200 jam, dia dilaporkan bengang dan menjerit.

"Mengapa saya perlu dikenakan tambahan (hukuman) itu?!'

Malah dia juga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemberita di luar mahkamah.

Majistret, ketika perbicaraan menyaksikan rakaman 18 minit yang menunjukkan pasangan itu berkunjung ke kedai pizza pada Februari lalu.

Video itu menunjukkan mereka memesan makanan, mundar-mandir di sekitar sebuah kon kuning, sebelum Hirst melakukan seks oral terhadap Smith.

Mereka kemudiannya dilihat melakukan hubungan seks dalam keadaan bersandar di kaunter.

Scott McLoughlin, peguam pasangan itu memberitahu mahkamah kejadian itu berlaku selepas pasangan itu minum minuman keras. -metroUK

kaunter pizza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Langit Di UK Bertukar Kuning?

Artikel Lain