suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jumpa Budak Hilang Atas Bumbung Rumah

GORT dikesan oleh sebuah helikopter milik stesen televisyen tempatan. - WSVN

NEW YORK: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang di South Florida akhirnya ditemukan di tempat yang tidak disangka-sangka iaitu di atas bumbung sebuah rumah.

Lebih mengejutkan, bukan pihak polis yang menemukan budak tersebut tetapi pihak stesen televisyen yang menggunakan helikopter untuk membantu mengesan kanak-kanak terbabit.

Kanak-kanak itu, Angel Gort hilang sejak Selasa lalu kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan apabila dia melarikan diri dari rumah selepas bergaduh dengan ibunya yang tidak memberi kebenaran kepadanya menyertai acara perkhemahan.

Polis membantu Gort menuruni bumbung rumahnya. - WSVN

Bagaimanapun Gort tidak pulang ke rumah, menyebabkan keluarganya membuat laporan polis bagi melaporkan kehilangan tersebut.

Usaha mencarinya berlarutan selama lebih sehari sebelum pihak televisyen WSVN menemukan Gort berbaring di atas bumbung rumahnya dan penempuan tersebut dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Anggota polis yang dikerah ke lokasi kejadian dan membantu Gort menuruni bumbung rumah.

Kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan. - MAIL ONLINE

Budak Hilang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain