suria

Tempoh Hukuman Enam Banduan Dipendekkan

ENAM banduan Amerika Syarikat (AS) menerima ganjaran kerana menyelamatkan nyawa seorang pegawai penjara yang diserang sakit jantung.

Syerif Polk County Johnny Moats berkata enam banduan dari Georgia yang disabitkan atas kesalahan jenayah ringan akan dikurangkan hukuman mereka sebanyak 25%.

Ketika kejadian, mereka sedang memotong rumput di kawasan perkuburan apabila pegawai penjara yang sedang memerhatikan mereka jatuh pengsan.

Kesemua mereka menggunakan telefon bimbit milik pegawai itu untuk menghubungi polis.

Malah mereka turut memberikan bantuan pernafasan kepada pegawai tersebut.

"Pada pendapat saya, apabila kejadian seperti itu berlaku, tiada timbul isu tentang siapa banduan atau sebaliknya.

"Ia hanya tentang seorang lelaki yang ditimpa kesusahan dan kami harus membantunya," kata salah seorang banduan, Greg William kepada 11alive.com.

Mereka berlari ke arah pegawai yang jatuh pengsan itu dan membuka vest kalis pelurunya untuk memberi bantuan pernafasan.

Jika mereka berniat jahat, banduan itu boleh sahaja mengambil pistol pegawai tersebut dan melarikan diri.

Namun mereka memilih untuk mengambil telefon bimbitnya dan menghubungi ambulans.

banduan, ganjaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain