suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanister Krim Putar Meletup, Instafamous Maut

STRASBOURG, PERANCIS: Selebriti Instagram dan blogger kecergasan terkenal meninggal dunia akibat kemalangan mengejut selepas kanister krim putar yang digunakannya meletup.

Letupan itu menyebabkan kanister tersebut terpelanting dan mengenai dadanya.

Rebecca Burger yang terkenal di laman Instagram kerana sering memuatnaik gambarnya mempromosikan produk kecergasan, maut di timur Perancis.

Kematian itu disifatkan ahli keluarganya berpunca daripada kemalangan domestik.

"Kami dalam keadaan sedih ingin mengumumkan kematian Rebecca yang meninggal dunia pada 18 Jun lalu dalam satu kemalangan di rumahnya," demikian menurut kenyataan yang dimuatnaik dalam Instagram milik Instafamous itu.

Selain itu, ahli keluarga Rebecca turut memuatnaik gambar kanister berserta kata-kata amaran untuk tidak menggunakan peralatan tersebut.

"Ini adalah satu contoh kanister krim putar yang meletup dan terkena dada Rebecca sekali gus menyebabkan kematiannya.

"Jangan gunakan peralatan ini di rumah anda!," tulis ahli keluarga Rebecca.

Rebecca Burger, Instafamous

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain