suria

Padah Guru Jalin Hubungan Sulit

Amena Nazam-Khan.

SEORANG guru didakwa menjalinkan hubungan sulit selama 10 bulan dengan pelajarnya yang berusia 17 tahun.

Amena Nazam-Khan, 35, seorang guru yang sudah berkahwin, menghantar gambar dan mesej lucah kepada pelajarnya.

Lebih jijik lagi guru itu menggelar dirinya sebagai ‘baby’ dan pelajar itu ‘The A Team’.

Guru itu juga sering membawa ‘kekasihnya’ ke restoran dan adegan mesra itu telah dilihat beberapa pelajar lain.

Amena telah digantung mengajar pada Ogos lepas selepas kes berkaitan dirinya  dilaporkan kepada pengetua Sekolah Tinggi Tong, Bradford.

Difahamkan bekas penyanyi kumpulan One Direction, Zayn Malik pernah bersekolah di sekolah tersebut.

Malah, Amena yang turut menafikan dakwaan ke atas dirinya masih meneruskan hubungannya dengan pelajar tersebut selama dua bulan lagi sebelum berpisah.

Guru itu akhirnya mengakui melakukan hubungan seks dengan pelajar tersebut dan mengakibatkan dia tidak dibenarkan mengajar seumur hidup.

guru, hubungan sulit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain