suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stesen TV Diancam Bom

Kakitangan NET TV diarah mengosongkan bangunan stesen televisyen itu untuk tujuan keselamatan susulan ancaman bom.

STESEN NET. TV di Jakarta menerima ancaman bom susulan serangan yang mengorbankan dua nyawa termasuk pengebom nekad di Terminal Kampung Melayu pada Rabu malam.

Ancaman daripada individu tidak dikenali itu diterima kira-kira sejam selepas kejadian itu, disusuli dengan mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

"Ya benar, kami menjalankan pemeriksaan rapi di bangunan stesen televisyen itu," kata jurucakap polis Jakarta Selatan, Budi Hermanto kepada kumparan (kumparan.com).

Berikutan itu, polis bergegas ke lokasi dan mengarahkan bangunan stesen berkenaan dikosongkan bagi menjamin keselamatan petugas.

Bagaimanapun, pemeriksaan yang dijalankan di setiap aras bangunan berkenaan tidak menemui sebarang bahan letupan.



NET TV, bom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain