suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelibat Salman Abedi Dikesan

LONDON: Siasatan serangan bom di Manchester Arena membawa kepada rakaman kamera keselamatan yang mengesan kelibat Salman Abedi di pusat membeli-belah Arndale.

Rakaman bertarikh Jumaat lalu itu menunjukkan imej pengebom nekad itu bersama sebuah beg sandang yang dipercayai baru dibelinya.

Sky News dalam laporannya berkata, polis percaya Salman mengeluarkan wang AS$324 (RM1,390) daripada mesin wang automatik (ATM) untuk membeli-belah, iaitu tiga hari sebelum meletupkan bom yang membunuh 22 mangsa di lokasi konsert di Manchester.

Menurut Sky News lagi, imej kualiti rendah yang diperoleh daripada televisyen litar tertutup itu menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai pihak polis adalah suspek utama kes berkenaan.

Lelaki itu dirakamkan berpakaian hitam dan membawa beg sandang hitam dengan bahagian dalamnya berwarna biru terang. "Tanda harga yang dilihat pada beg sandang itu menunjukkan ia baharu sahaja dibeli," kata Sky News.

Sebelum itu, New York Times menyiarkan gambar dipercayai diambil daripada siasatan, yang menunjukkan bahan bukti berwarna biru yang dikatakan diambil daripada beg jenama Karrimor yang dibawa oleh Salman. - Reuters



Salman Abedi, Manchester Arena

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Amaran Duterte

Artikel Lain