suria

Bulan Mengorbit Planet Kerdil

Hubble mengesan bulan mengorbit planet kerdil, 2007 OR10. - Nasa

KUASA gabungan tiga balai cerap angkasa, termasuk NASA Hubble Space Telescope telah membantu ahli astronomi mendedahkan bahawa bulan mengorbit planet kerdil yang ketiga terbesar dinamakan sebagai 2007 OR10.

Bulan dan planet itu terletak di pinggir sistem suria yang dipanggil Kuiper Belt, satu sistem yang terbentuk daripada serpihan berais sejak 4.6 bilion tahun yang lalu.

Dengan penemuan ini, sebahagian besar daripada planet-planet kerdil yang dikenali dalam sistem Kuiper Belt adalah sebesar jarak 965 kilometer.

Ia menunjukkan bagaimana bulan terbentuk dalam sistem solar yang muda.

"Penemuan satelit di sekitar semua planet kerdil bermaksud bahawa ketika planet-planet ini dibentuk berbilion tahun lalu, perlanggaran pasti sudah berlaku dengan kerap," kata Csaba Kiss dari Balai Cerap Konkoly di Budapest, Hungary.

Beliau merupakan ketua penulis kertas sains yang mengumumkan penemuan bulan.

"Jika perlanggaran kerap berlaku, jadi pembentukan satelit juga mudah berlaku," tambahnya. - Nasa

orbit, Hubble

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain