suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia Tidak Terlibat

Seorang maut dan 22 orang lagi cedera dalam kejadian rempuhan kereta di Times Square, New York di Amerika Syarikat. - The New York Times

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan kereta yang berlaku di Times Square, New York pada Khamis.

Dalam insiden tersebut, sebuah kereta telah melanggar orang awam di Times Square pada tengah hari (waktu tempatan), menyebabkan seorang wanita berumur 18 tahun terbunuh dan mencederakan 22 orang yang lain.

Berdasarkan laporan pihak berkuasa tempatan, insiden tersebut tiada unsur keganasan dan sedang disiasat sebagai satu kes kemalangan.

Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di New York akan terus memantau keadaan tersebut. - Bernama

New York, Times Square

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain