suria

Pelancong Pukul Budak Kerana Caj Tandas RM1.25

BANGKOK: Pengguna Facebook menawarkan habuan sebanyak Bt5,000 (RM6,250) kepada pihak yang membantunya mengesan seorang pelancong asing kerana enggan membayar Bt10 (RM1.25) untuk menggunakan kemudahan awam di Jalan Bangla, di sini.

Pelancong berkenaan dikatakan telah bertengkar dan bertindak mengasari penjaga tandas awam berkenaan apabila diminta menjelaskan bayaran itu.

Video dan gambar semua enam warga asing itu melibatkan tiga pasangan dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis itu.

Ia dimuatnaik pengguna Facebook bernama 'Tohee Seesa' awal bulan ini.

Menerusi video itu, salah seorang lelaki warga asing itu berulang kali memukul dan menolak budak lelaki yang juga penjaga tanda itu ke dinding.

Menurut pengguna Facebook, penjaga tandas itu hanya berusia 10 tahun, manakala pelancong lelaki itu berusia antara 30 dan 40 tahun.

Sebaik seorang lagi penjaga tanda berlari untuk membantu rakannya, pelancong berkenaan melarikan diri. - The Nation/Asia News Network.

Jalan Bangla, Tohee Seesa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain