suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Maut RTA Diserang ISIL

KABUL: Beberapa lelaki berjaket lengkap dengan bahan peledak  telah menyerang sebuah stesen televisyen dan stesen radio nasional di bandar Jalalabad, dekat sini.

Penyerang yang bersenjatakan raifal AK-47, telah memasuki Radio Televisyen Afghanistan (RTA) lewat Rabu petang.

Seorang daripadanya telah meletupkan bom di pintu masuk premis berkenaan, kata Gabenor Nangarhar, Gulab Mangal.

Susulan itu, berlaku pertempuran sengit antara penyeang dengan pasukan keselamatan di bangunan RTA yang terletak berdekatan kawasan pentadbiran kerajaan.

Tiga penyerang terbunuh, begitu juga dua lagi mangsa dan seorang anggota polis.

Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Wartawan saluran berita Al Jazeera, John Hendren yang melaporkan dari Kabul, mentafsir kejadian itu sebagai ‘serangan klasik ala ISIL’.

Sekurang-kurangnya 17 orang, termasuk wartawan turut cedera dalam serangan itu.

RTA, Afghanistan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain