suria

Pengawal Peribadi Kacak Jadi Tumpuan

SEOUL: Pengawal peribadi kepada Presiden Korea Selatan Moon Jae In mengakui berasa malu apabila menjadi tumpuan media berikutan memiliki raut wajah yang kacak.

"Ia seperti bukan kenyataan," jelas Choi Young Jae,36, kepada The Korea Times pada Selasa.

"Saya berasa baik-baik sahaja..tetapi lebih bimbang mengenai perhatian dan tumpuan utama kepada saya. Sepatutnya ia lebih kepada Presiden, bukannya saya. Saya tidak mahu mencuri tumpuan itu."

Bekas komando yang kini menceburi bidang perniagaan itu menjadi perhatian ketika kempen kedua presiden selepas gambarnya menjadi tular.

Malah sesetengah pihak menyamakan dia seperti pelakon Hollywood Kevin Costner yang berlakon dalam filem 'The Bodyguard', tahun 1992.

Lapor Korea Times bahawa Young Jae bukanlah pengawal peribadi profesional. Dia mengikuti pengajian dalam bidang keselamatan di Universiti Yong In sebelum berkhidmat bersama Pasukan Khas Perang Korea Selatan sebagai pegawai selama 10 tahun.

Young Jae Choi yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak dilihat gembira menghabiskan cutinya sebelum kembali ke bidang perniagaannya.

"Sudah lama saya tidak dapat bermain dengan anak-anak. Kini saya mahu menghabiskan masa dengan keluarga sebelum menyambung bekerja."

Dia turut menyampaikan pesanan kepada Moon.

"Kini anda adalah hak rakyat Korea Selatan.Sentiasa selamat dan sihat! Hanya apabila anda sihat sahaja dapat membuatkan negara bangga, dan rakyat adalah keutamaan. Tolong kekal sihat!" - The Straits Times/Asia News Network

Bodyguard, kacak, korea selatan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sedap Kunyah Cacing Pantai

Artikel Lain