suria

Nama Watak Jahat Pilihan Ibu Bapa

WATAK jahat Kylo Ren yang menjadi pilihan untuk nama bayi di AS. - Screen Rant

FILEM Star Wars tidak boleh dipertikaikan lagi sebagai filem francais yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia apabila kali pertama ditayangkan pada 1977.

Selepas lapan episod termasuk satu episod antologi, Star wars bukan sahaja menjadi topik yang sering dibicarakan dalam kalangan peminat filem itu tetapi menjadi inspirasi kepada ibu bapa untuk menamakan anak mereka sempena filem sains fiksyen itu.

Menurut laporan portal Independent, nama watak jahat dalam filem itu, Kylo mula menjadi pilihan utama ibu bapa di Amerika Syarikat (AS) untuk diberikan kepada anak lelaki mereka.

Kylo merupakan watak jahat lakonan Adam Driver yang pada awalnya merupakan pahlawan Jedi sebelum terpengaruh dengan kuasa jahat yang diketuai Snoke.

Watak itu muncul pada filem Star Wars: The Force Awakens yang ditayangkan pada Disember 2015.

Peminat Star Wars pastinya tidak sabar untuk menunggu sekuel filem seterusnya, iaiti Star Wars Epidode VIII: The Last Jedi yang bakal ditayangkan pada hujung tahun ini.

Bagi kategori bayi perempuan, nama paling diminati adalah Kehlani yang dipercayai ada kaitan dengan pengaruh nama penyanyi dan penulis lirik Amerika.

Star Wars, Kylo

Artikel Sebelum

Macam Mana Boleh Masuk?

Artikel Lain