suria

Trudeau Bawa Anak Ke Pejabat

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau baru-baru ini berkongsi beberapa keping gambar anak lelakinya berusia tiga tahun yang sedang berseronok di pejabat beliau.

Gambar tersebut yang dimuatnaik dalam laman Facebooknya pada Khamis menunjukkan Trudeau dan anak lelakinya, Hadrien 'berlumba' di koridor dan bermain sembunyi-sembunyi.

Hadrien turut dirakam duduk di kerusi perdana menteri itu dan bertemu dengan pemimpin politik dan juga pengamal media.


Gambar tersebut mendapat 5,000 komen di kalangan netizen yang menyifatkan anak Hadrien mewarisi ketampanan bapanya.

"Saya masih lagi ingat gambar anda dan juga bapa anda (bekas Perdana Menteri Pierre Trudeau) ketika anda masih kecil," kata netizen.

Ada juga netizen yang cuba membandingkan Trudeau dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

"Perdana Menteri Trudeau, boleh anda menerima Amerika?," soal netizen.

Trudeau, 45, menerima pujian selepas mengalu-alukan pelarian Syria ke Kanada.

Justin Trudeau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain