suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi Aneh Selamat Jalani Pembedahan

Kalam bersama ibu bapanya selepas selesai menjalani pembedahan.

NEW DELHI: Bayi yang dilahirkan dengan lapan anggota badan selamat menjalani pembedahan di India untuk membuang lebihan kaki dan tangannya.

Pembedahan itu merupakan yang pertama dilakukan di dunia.

Karam yang berusia tujuh bulan dilahirkan di Iraq dalam keadaan aneh apabila pasangan kembar siamnya tidak membentuk dengan sempurna menyebabkan dia dilahirkan dengan lebihan anggota badan.

Bapa bayi itu, Sarwed Ahmad Nadar menerbangkan Kalam ke India untuk menjalani pembedahan di mana doktor melakukan pembedahan tiga peringkat untuk membuang lebihan anggota badan itu.

Perunding kanan Ortopedik, Gaurav Rathore yang menjadi sebahagian daripada pasukan pembedahan berkata terdapat hanya lima atau enam kes seperti itu dilaporkan di seluruh dunia sekali gus menjadikan tugas doktor lebih sukar.

"Kami merawatnya sejak berusia dua minggu dan keadaannya amat unik. Sehingga kini perjalanan kami agak berjaya. Karam merupakan bayi yang sangat berani. Malah dia juga seorang yang periang," katanya.

Pasukan perubatan di Hospital Jaypee menjalankan pembedahan itu dalam tiga peringkat.

Pertama mereka membuang kaki yang melekat di luar perutnya sebelum merawat komplikasi jantung.

Prosedur terakhir menyaksikan doktor membuang semua anggota badan lebihan walaupun dia perlu melalui beberapa prosedur lain ketika meningkat dewasa untuk membetulkan anomali lain.

bayi aneh, India

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain