suria

Peserta Maraton Meninggal Dunia Ketika Berlari

GAMBAR fail menunjukkan antara ribuan peserta yang mengambil bahagian dalam acara Standard Chartered Marathon pada tahun 2015.

SINGAPURA: Seorang peserta acara larian Standard Chartered Marathon di sini, meninggal dunia ketika menyertai program itu pada Ahad.

Penganjur acara tersebut, Geoff Meyer berkata, mangsa merupakan peserta lelaki berusia 29 tahun yang rebah secara tiba-tiba kira-kira satu kilometer dari garisan penamat.

"Sebaik mangsa rebah, dia dibawa ke hospital serta-merta, tetapi disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

"Keutamaan kami adalah keluarga mangsa dan kami menyalurkan segala sokongan kepada mereka atas kejadian ini.

"Kami berasa sedih atas kejadian tragik ini kerana kehilangan seorang atlet," kata Meyer yang merupakan Pengarah Urusan program lasak, Ironman Asia.

Kira-kira 46,000 peserta menyertai acara larian tersebut kali ini.

Standard Chartered Marathon

Artikel Sebelum

Artikel Lain