suria

Wira Nahas Pesawat Emirates Maut Selepas Selamatkan 300 Nyawa

Jasim Issa Mohammed Hassan.

SEORANG anggota bomba maut selepas menjadi wira menyelamatkan 300 penumpang dan anak kapal dalam insiden pesawat Emirates melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada Rabu.

Jasim Issa Mohammed Hassan maut selepas berusaha memadamkan kebakaran pesawat itu yang mendarat cemas.

Kesemua penumpang dan anak kapal berjaya diselamatkan tetapi anggota bomba berkenaan maut akibat mengalami kecederaan semasa operasi menyelamat.

Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Saif Al Suwaidi berkata, anggota bomba itu kehilangan nyawanya semasa menyelamatkan banyak nyawa.

Memetik laporan The National, Al Suwaidi berkata: "Saya kagum dengan pengorbanan yang ditunjukkan bagi menyelamatkan ramai yang lain. Ingatan dan doa kami buat keluarganya."

Anggota bomba itu antara pasukan penyelamat yang menyelamatkan 282 penumpang dan 12 anak kapal daripada kebakaran pesawat selepas ia mendarat cemas di Lapangan Tebang Antarabansga Dubai pada Rabu. - Mirror


Artikel Lain