suria

Ketua Tentera Korea Utara Lepas Semua Jawatan

PYONGYANG: Ketua Tentera Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK), Ri Yong Ho dilepaskan daripada semua jawatan beliau berikutan masalah kesihatan yang dihidapinya.

Menurut laporan KCNA, keputusan itu diumumkan pada Ahad ketika mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea (WPK).

Mesyuarat itu memutuskan untuk melepaskan Ri daripada semua jawatannya termasuk sebagai ahli dalam Presidium Biro Politik, ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat WPK dan Naib Presiden Suruhanjaya Ketenteraan Pusat WPK berikutan penyakit yang dihidapinya.

Turut hadir pada mesyuarat itu, ahli Presidium Biro Politik dan ahli serta anggota wakil Biro Politik Jawatankuasa Pusat WPK.

Artikel Lain