suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

India, Mauritius Teroka Peluang Kerjasama Industri Perhotelan

NEW DELHI: India dan Mauritius berbincang untuk mengadakan promosi pelancongan di kedua-dua negara semasa Menteri Pelancongan Mauritius, Yeung Sik Yue melawat negara ini pada Jumaat.

Menteri Pelancongan India, Subodh Kant Sahai berkata, kedua-dua negara berminat untuk menerokai peluang pelaburan dalam industri perhotelan dan pembangunan infrastruktur.

"Minat kerjasama kedua negara didorong oleh polisi India yang membenarkan 100 peratus pelaburan asing dalam sektor perhotelan," jelas beliau.

Mengimbas kembali hubungan sejarah dan budaya kedua-dua negara, Sahai berkata, adalah lebih wajar jika kedua-dua negara mengukuhkan hubungan dengan menggalakkan pelancongan dua hala.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain