suria

Rekrut anak muda untuk dilatih jadi penjenayah, ketua geng dadah akhirnya ditangkap

Crazy Ryan ditahan bersama bahan terlarang pada Isnin malam.

PIHAK berkuasa Mexico akhirnya berjaya menahan Crazy Bryan, seorang ketua kartel dadah yang banyak melakukan jenayah di negara itu.

Bryan ditahan pada Isnin malam bersama 1 kilogram (kg) bahan terlarang seperti kokain dan kanabis.

Menurut kenyataan oleh Penyelaras Am Penyiasatan Wilayah yang mewakili Ketua Pejabat Peguam Negara Mexico City, El Loco Bryan atau Crazy Bryan merupakan pemimpin sebuah geng di timur ibu kota Mexico.

Pihak berkuasa percaya kumpulan itu mempunyai kaitan dengan dua perusuh Mexico City yang lain, La Unión Tepito dan Los Tanzanios.

Dia juga dituduh merekrut anak muda ke dalam kartel, memberikan mereka senjata api dan motosikal dengan tujuan mengancam dan memeras peniaga daripada pelbagai sektor.

Kenyataan itu turut mendedahkan seramai 11 lelaki dan enam wanita ditahan dalam operasi berkenaan. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain