suria

Orang ramai bertempiaran lari! 14 maut insiden tembakan rambang di universiti

Pelajar melarikan diri dari lokasi kejadian.

SEORANG lelaki bersenjata menembak mati sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan 25 lagi dalam satu insiden tembakan rambang di sebuah universiti.

Kejadian berlaku di Fakulti Falsafah di Universiti Charles di kawasan tumpuan pelancong, Prague, Republik Czech, pada Khamis.

Suspek penembak dikenali pasti sebagai pelajar falsafah David Kozak.

Sekumpulan pelajar cuba bersembunyi daripada ditembak lelaki bersenjata.

Penembak itu juga maut dalam tragedi berdarah terhadap pelajar di ibu negara itu, seperti yang disahkan oleh menteri dalam negeri Czech, Vit Rakusan. Suspek dipercayai membunuh diri.

Menurut laporan menurut iDNES.cz, Kozak didakwa menulis di Telegram awal minggu ini mengatakan bahawa dia membenci dunia dan mahu meninggalkan kesakitan sebanyak mungkin.

Polis kini melihat sama ada dia membunuh bapanya selepas mayat bapanya turut ditemukan pada hari kejadian.

Ketua Polis David Vondrášek berkata, laporan awal mengatakan 10 orang maut tetapi selepas itu disahkan 14 orang terkorban dalam insiden itu.

Lelaki bersenjata dilihat berada di bumbung bangunan. -Gambar laman X

Imej dikongsi dari tempat kejadian menunjukkan pelajar berpaut pada bumbung ketika amukan bersenjata.

Fakulti Sastera Universiti Charles menghantar e-mel kepada kakitangan memaklumkan untuk 'terus kekal'.

"Jangan pergi ke mana-mana, jika anda berada di pejabat, kunci dan letakkan perabot di hadapan pintu, tutup lampu," menurut e-mel berkenaan.

Pada sidang media, polis berkata, mereka percaya suspek bertanggungjawab terhadap insiden kematian dua orang minggu lalu di Klanovicky.

Gambar dan klip yang dimuat naik di media sosial menunjukkan orang ramai bertempiaran melarikan diri dari tempat kejadian. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain