suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi ada hubungan sulit, suami lemaskan isteri di laut kononnya kemalangan

Lelaki ditahan atas tuduhan membunuh isterinyai. -Gambar World Beach Guard (kanan)

SEORANG pengurus hotel mewah ditahan atas dakwaan membunuh isterinya dalam kejadian petang, Jumaat lalu.

Memetik laporan NDTV, suspek melakukan pembunuhan itu selepas wanita berkenaan menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Tertuduh, Gaurav Katiyar, 29, cuba menyembunyikan perbuatannya itu dengan mendakwa isterinya, Diksha Gangwar lemas di laut di pantai Cabo de Rama, India ketika ketiadaannya.

Menurut polis, Katiyar yang berasal dari Lucknow telah berkahwin dengan Gangwar kira-kira setahun lalu tetapi hubungan mereka kemudian menjadi renggang.

Pengurus itu membawa isterinya keluar bersiar-siar ke pantai sebelum didakwa melemaskan mangsa.

Beberapa pelancong yang curiga melihat Katiyar kembali dari pantai bersendirian, bertindak menghubungi polis.

Bagaimanapun, Katiyar memberitahu kematian isterinya merupakan kemalangan tetapi satu rakaman video menunjukkan sebaliknya.

Susulan kejadian itu, polis menahan suspek untuk siasatan lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain