suria

Individu terkejut haiwan aneh muncul dalam rumah, badan seperti ular tapi berkaki

Haiwan menyerupai ular tetapi mempunyai kaki yang ditemui oleh individu berkenaan di dalam rumahnya. -Gambar Khaosod

SEORANG pengguna Facebook dari Thailand terkejut apabila menemui seekor haiwan yang aneh di rumahnya.

Menurut individu berkenaan, haiwan tersebut kelihatan seperti ular kecil namun mempunyai dua pasang kaki pada sisi badannya.

Bagi mendapatkan kepastian, dia membuat hantaran di laman sosial bertujuan untuk bertanyakan kepada warga maya.

"Makhluk apa ni? Ia kelihatan seperti ular tetapi mengapa ia mempunyai kaki?" tulisnya, sambil turut memuat naik gambar haiwan tersebut.

Tanda tanya individu tersebut akhirnya terjawab selepas pengguna media sosial yang lain tampil memberi maklum balas.

Difahamkan, haiwan berkenaan dikenali sebagai 'Lygosoma Quadrupes' iaitu sejenis reptilia kecil dalam kumpulan skink.

Haiwan yang sering disalah anggap sebagai ular ini biasanya berwarna kelabu, hitam atau coklat muda dan cenderung merayap serta bersembunyi di dalam tanah yang gembur. -Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain