suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Istiadat Melafaz Sumpah Yang di Pertuan Agong Ke 15 Sultan Muhammad V

Istiadat Melafaz Sumpah Yang di Pertuan Agong Ke 15 Sultan Muhammad V
1 / 12
Sultan Muhammad V bersalaman dengan bonda baginda Tengku Anis Tengku Abdul Hamid sebelum berangkat ke Istana Negara di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
2 / 12
Sultan Muhammad V berkenan memberi tabik hormat kepada pegawai dan anggota tentera semasa keberangkatan baginda menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.
3 / 12
Kenderaan Diraja yang dinaiki Sultan Muhammad V semasa keberangkatan baginda menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.
4 / 12
Sultan Muhammad V disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi Istiadat Melafaz Sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-15.
5 / 12
Sultan Muhammad V melintasi kawalan Kehormat Setempat oleh Angkatan Tentera Malaysia Unit I Rejimen Renjer Diraja sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
6 / 12
Sultan Muhammad V diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Istiadat Sambutan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Dataran Parlimen.
7 / 12
Kenderaan rasmi Sultan Muhammad V sewaktu tiba di perkarangan Istana Negara sempena perlantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.
8 / 12
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (depan, kiri) diiringi Sultan Muhammad V (depan, kanan) berkenan hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Turut berangkat (dari, kanan) Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
9 / 12
Sultan Muhammad V berkenan melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara.
10 / 12
Sultan Muhammad V berkenan menyerahkan surat sumpah jawatan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad selepas melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara.
11 / 12
Sultan Muhammad V berkenan melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara.
12 / 12

Artikel Sebelum

Sekitar Banjir Di Pantai Timur

Artikel Lain