suria

Ada kelas walau guna barang terpakai! Kulit kerusi pesawat material koleksi terkini Off-White x Air Jordan 1

Off-White x Air Jordan 1 akan berada di pasaran bermula 22 Jun ini.

PERNAH anda bayangkan Air Jordan akan menggunakan bahan terpakai untuk menghasilkan koleksi kasut terbaharu jenama itu?

Ya! Air Jordan menggunakan kulit kerusi kapal terbang yang sudah tidak digunakan lagi sebagai material utama penghasilan koleksi Off-White x Air Jordan 1.

Tapi nanti dulu, ini bukan sembarangan bahan terpakai tau, sebaliknya Air Jordan bekerjasama dengan Aircraft Solutions USA Inc bagi penghasilan kasut tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayang nak buang pakaian anda, tak ingat bila kali terakhir menyarungnya? Ikut 5 langkah ini

Aircraft Solutions USA Inc membekalkan material kulit daripada kerusi pesawat Lufthansa, koleksi ini bagaimanapun masih mengekalkan kualiti dan rekaan Virgil Abloh.



Meskipun menggunakan bahan terpakai namun Air Jordan tetap mementingkan kualiti dan rekaan.

Cuma pada bahagian sisi yang menampilkan kulit berwarna kelabu menggunakan kulit daripada kerusi pesawat.

Pereka kasut Ceeze bersama pemuzik DJ Skee dan jenama Crep Protect yang tampil dengan projek ini memberitahu akan menderma semua hasil penjualan Off-White x Air Jordan kepada badan kebajikan.

Ia akan mula dijual dipasaran Amerika Syarikat bermula 22 Jun ini selain tempahan boleh dibuat secara dalam talian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Air Jordan, Mode, Fesyen, Kasut

Artikel Lain