suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selama ni sotong asyik kecut... Rupanya ada rahsia sebelum masak yang ramai tak tahu

Teknik penyediaan yang betul akan menjadikan hidangan sotong lebih menarik.

MAKANAN akan lebih menyelerakan apabila ia kelihatan segar selepas dimasak.

Namun begitu, makanan laut seperti sotong akan cepat mengecut apabila dimasak dan tersentuh dengan haba.

Walaupun mungkin tidak menjejaskan rasanya, tetapi anda pasti mahukan yang terbaik dalam penyediaan hidangan air tangan.

Jangan risau, melalui satu perkongsian di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Datin Siti berkongsikan cara mudah untuk memastikan sotong tidak mengecut ketika dimasak.

Gabungan sotong dan asam keping. -Gambar hiasan

Menurut Datin Siti, sebelum sotong itu hendak dimasak, ia haruslah direbus dengan asam keping.

Pertama, siang sotong, buang isi perut dan tulang sotong sebelum dicuci bersih dengan air paip.

Kemudian masukkan kepala sotong ke dalam badannya.

Seterusnya rebus sotong yang sudah dicuci bersama asam keping selama lima hingga lapan minit sahaja.

Juadah akan lebih 'menjadi' dengan menggunakan sotong segar yang besar.

Elakkan merebus terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

Setelah sotong selesai direbus, toskan air rebusan dan sotong anda sudah sedia untuk dimasak.

Sebagai makluman tambahan, elakkan menggunakan semula air sotong kerana ia akan menyebabkan lauk berbau hanyir dan berasa masam.

Selain itu, sotong berkenaan juga tidak digalakkan untuk dimasak terlalu lama kerana ia sudah separuh masak apabila direbus sebelum itu. Selamat mencuba! - Datin Siti

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain