suria

Kasihan Datuk Red lancar produk dalam kereta, Adira ‘call’ masa live bagi guna studio di rumah

Adira telefon Adnan beri keizinan guna studio di rumahnya.

TIADA rumah dan lokasi sesuai untuk majlis pelancaran produk terbaharu, usahawan Datuk Seri Adnan Abu hanya mampu melancarkan minyak wangi jenamanya sendiri di dalam kereta.

Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red, 46, berkata dia terpaksa melancarkan produk itu secara langsung menerusi media sosial kerana kekangan kewangan.

"Orang ‘launching’ macam produk minyak wangi di tempat yang gah-gah, saya dalam kereta saja.

size NP 1 - 2024-05-15T144310.681

Walaupun sudah bercerai, Adnan dan Adira masih mengekalkan hubungan yang baik.

"Tak balik rumah sebab hari ini secara rasminya saya tak ada rumah," katanya menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok pada malam Selasa.

Semasa sedang melayan pengikut di ruangan komen, secara tiba-tiba telefon Adnan berdering dan individu yang menghubunginya ialah bekas isteri iaitu penyanyi Adira Suhaimi.

Kata Adnan, Adira meminta dia untuk tidak melakukan sesi siaran langsung di dalam kereta berkenaan.

Sebaliknya, penyanyi itu memberi keizinan menggunakan studio di rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Datuk Red kini duda... Selepas Adira, isteri pertama pula dicerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Saya, Adnan Abu ceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu”

"Dia (Adira) telefon saya suruh guna studio dia di tingkat atas (rumah).

"Saya baru ingat nak tipu sekali rupanya dia ada tengok saya tengah ‘live’ sekarang ini.

"Dua abang dia ada dekat rumah," jelasnya.

Tidak lama selepas itu, Adnan dilihat menyambung semula siaran langsungnya, namun kali ini di studio sambil ditemani Adira.

Perkongsian video itu meraih perhatian netizen yang rata-ratanya memuji tindakan murni Adira.

size NP 1 - 2024-05-15T144258.497

Adnan kini bergelar duda selepas menceraikan kedua-dua isterinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan Adnan masih dibenarkan pergi ke kediaman Adira memandangkan mereka masih dalam tempoh idah.

Pada 24 April lalu, Adnan menceraikan Adira dengan talak satu.

Kemudian pada 14 Mei, Adnan turut menceraikan isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila.

Untuk rekod, hasil perkahwinan Adnan dan Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata sementara dengan Adira, mereka memperoleh empat orang anak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain