suria

Bagaikan resort mewah! Resort Villa serlahkan kediaman impian keluarga dengan kemudahan eksklusif

Resort Villa fasa 1 dan 2 dijadualkan siap pada suku ketiga 2025 dan 2026.

SETIAP pemaju perumahan menciptakan rumah impian yang unik mengikut keinginan pelanggan bagi memastikan keharmonian dan keselesaan dinikmati di ruang kediaman mereka.

Penerima anugerah pembangunan, Matrix Concepts Holdings Bhd yang juga antara pemaju di Australia dan Indonesia ini memperkenalkan Resort Villa yang mencipta standard baharu untuk kehidupan mewah.

Terletak di kawasan kehijauan di Bandar Sri Sendayan, Resort Villa menawarkan pengalaman hidup gaya resort di tengah-tengah ketenangan dan kecanggihan.

Menampilkan vila banglo dua tingkat yang elegan dan pelbagai kemudahan eksklusif, Resort Villa menjadi penanda aras baharu kehidupan kediaman mewah yang paling unggul di Negeri Sembilan.

Kehidupan ala resort

Resort Villa mempunyai kedudukan yang strategik untuk memanfaatkan aliran tenaga positif dan mewujudkan persekitaran hidup yang harmoni.

Penginapan di resort menawarkan pelbagai faedah, bermula dengan fleksibiliti yang tiada tandingan.

Daripada kemudahan mewah kepada persekitaran yang bersih, kediaman berinspirasikan resort mencetuskan suasana yang menyegarkan, sesuai untuk beristirehat dan meredakan daripada tekanan kehidupan seharian.

Selain itu, persekitaran tersebut juga sesuai untuk pelbagai aktiviti rekreasi, memenuhi minat yang pelbagai dan mempromosikan gaya hidup aktif.

Tambahan pula, persekitaran komuniti yang wujud dalam kehidupan resort memupuk peluang untuk sosialisasi dan hubungan erat, memberikan pengalaman terbaik kepada sesiapa sahaja.

Kebiasaannya, kediaman berinspirasikan resort ini termasuk perkhidmatan dengan kelas tersendiri membolehkan penduduk menikmati gaya hidup tanpa kerumitan dengan kemudahan dan keselesaan.

Terletak berhadapan dengan taman tasik yang indah seluas 2.55 hektar bukan sahaja meningkatkan daya tarikan estetik Resort Villa, malah menandakan lokasi air yang paling menarik mengikut prinsip feng shui.

Ruang tamu memberi keseimbangan ruang dan pencahayaan bagi mewujudkan suasana selesa dan santai buat penghuni.

Ruang tamu memberi keseimbangan ruang dan pencahayaan bagi mewujudkan suasana selesa dan santai buat penghuni.

Ruang kediaman mewah

Resort Villa merupakan pembangunan pegangan bebas dengan komuniti berkepadatan rendah yang terdiri daripada 34 unit vila banglo premium dalam kawasan kejiranan seluas 6.47 hektar.

Ia menawarkan susun atur yang luas berukuran 75’ x 110’ untuk menjadikan ia kediaman yang begitu selesa.

Berharga dari RM3,588,888, terdapat 14 unit dalam Fasa 1, manakala Fasa 2 terdiri daripada 20 unit dan kini dibuka untuk dijual kepada pembeli yang ingin merealisasikan rumah idaman mereka.

Untuk pengetahuan anda, Resort Villa Fasa 1 yang dilancarkan pada April tahun lalu mendapat sambutan yang tinggi. Disebabkan ini, pemaju berbesar hati memperkenalkan fasa pembangunan yang seterusnya.

Dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM135.9 juta, Resort Villa memperkenalkan tiga jenis ruang kediaman mewah yang berbeza, setiap satu direka dengan teliti untuk memenuhi pelbagai keperluan dan pilihan penghuninya.

Jenis A: Menyerlahkan keanggunan dan fungsinya, vila Jenis A menawarkan keluasan binaan seluas 6,839 kaki persegi, menampilkan lima bilik tidur, 5 + 1 bilik mandi, bilik rias dan pejabat rumah.

Bilik tetamu disertakan bilik mandi yang direka dengan teliti bagi keperluan warga emas, sekali gus memastikan keselesaan serta memudahkan seluruh penghuni.

Jenis B: Dengan keluasan binaan seluas 7,049 kaki persegi, Jenis B menggabungkan kecanggihan dan gaya. Susun atur yang luas ini terdiri daripada lima bilik tidur, 5 + 1 bilik mandi, bilik mandi tetamu dan ruang pejabat rumah.

Reka bentuknya yang terancang dapat menyepadukan ruang dalaman serta luaran untuk kelebihan penghuninya.

Jenis C: Menawarkan kehidupan mewah yang terbaik, Jenis C merangkumi kawasan binaan seluas 7,749 kaki persegi. Ia dilengkapi enam bilik tidur, 6 + 1 bilik mandi, dua bilik utiliti, bilik air tetamu dan ruang pejabat rumah.

Susun atur konsep terbukanya memberikan suasana yang lebih hebat dan luas serta menepati keperluan individu mahupun keluarga besar yang mencari ketenangan mahupun keselesaan.

Setiap bilik tidur dilengkapi dengan bilik mandi sendiri, manakala bilik tidur utama menawarkan tab mandi jakuzi yang membolehkan penghuninya memanjakan diri dan berehat selepas melalui hari yang panjang.

Tambahan pula, ruang pejabat rumah diletakkan secara strategik sama ada di belakang atau tepi rumah, membolehkan tetamu mengaksesnya melalui pintu gelangsar tanpa mengganggu penghuni lain.

Hasil kemasan yang mewah

Resort Villa begitu menyerlah dengan kemasannya yang mewah dan hasil ketukangan yang teliti, malah ia jelas dalam setiap aspek reka bentuk dan pembinaannya.

Ruang makan yang luas dengan pengudaraan yang baik memberi keselesaan untuk keluarga meluangkan masa bersama.

Ruang makan yang luas dengan pengudaraan yang baik memberi keselesaan untuk keluarga meluangkan masa bersama.

Daripada jubin berkualiti tinggi dan lantai kayu yang direka bentuk kepada siling berganda serta sentuhan premium, setiap perincian disusun dengan teliti untuk mewujudkan suasana keanggunan.

Selain itu, siling berganda yang tinggi di vila dapat memupuk aliran cahaya semula jadi dan pengudaraan yang harmoni.

Kemudahan dan fasiliti eksklusif

Di sebalik kediaman mewahnya, Resort Villa menyediakan akses kepada banyak kemudahan dan fasiliti eksklusif yang direka untuk meningkatkan pengalaman gaya hidup keluarga.

Dari kolam renang bersaiz Olimpik, gelanggang badminton, pingpong, gelanggang skuasy, dewan bankuet, bilik spa, dan bilik mesyuarat di d’Tempat Country Club seluas 3.53 hektar ataupun ke tempat hiburan luar di X Park Sendayan berkeluasan 13.76 hektar. Bukan itu sahaja, Resort Villa sendiri menawarkan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi untuk penduduk sesuai untuk semua peringkat umur.

Antara lain, terdapat juga ruangan BBQ, laluan refleksologi, batu pijakan taman, ruang gim luar, gazebo, taman permainan kanak-kanak dan gelanggang serbaguna.

Pintar ciri keselamatan di Resort Villa

Di Resort Villa, keselamatan dan keamanan penduduk semestinya menjadi keutamaan.

Langkah keselamatan yang diambil berat, termasuk sistem Pengecaman Plat Nombor Automatik (ANPR) di pintu masuk untuk membenarkan hanya kenderaan yang mempunyai akses di kawasan tersebut, sistem kunci digital terkini, dan pengawasan CCTV sepanjang masa bagi memastikan persekitaran hidup yang selamat dan tenang kepada penghuni.

Lambang premium dan kebolehcapaian

Resort Villa bukan sahaja pembangunan kediaman; malah merupakan lambang berprestij yang sinonim dengan eksklusif dan kemudahan.

Terletak di perbandaran Bandar Sri Sendayan yang mewah, Resort Villa menawarkan penduduk akses mudah ke pelbagai kemudahan dan fasiliti.

Daripada institusi pendidikan peringkat tinggi seperti Matrix Global Schools hingga ke kedai runcit dan lebuh raya utama, penduduk Resort Villa menikmati kebolehcapaian yang tiada tandingannya ke semua kemudahan yang ditawarkan di Seremban.

Sebagai contoh, Matrix Global Schools menyediakan 8.1 hektar kemudahan daripada peringkat prasekolah kebangsaan dan antarabangsa ke peringkat sekolah menengah, dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tempatan dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) serta sukatan pelajaran Cambridge (IGCSE).

Bandar Sri Sendayan menikmati akses mudah melalui lebuh raya utama seperti Utara-Selatan Lebuhraya (NSE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan rangkaian KLIA. Pintu keluar tol Seremban NSE hanya dalam jarak lima minit pemanduan dari perbandaran.

Resort Villa melambangkan gabungan harmoni kemewahan, keselesaan dan kemudahan.

Dengan kedudukan feng shui yang bertuah, kediaman premium, kemudahan eksklusif dan ciri keselamatan peringkat atasan, Resort Villa menawarkan penduduk gaya hidup yang selesa dengan kemewahan di tengah-tengah keindahan Bandar Sri Sendayan yang tenang.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari https://resortvilla.com.my/

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain