suria

Anak Norreen Iman kena buli di sekolah, dakwa pelajar lelaki sepak sampai demam balik rumah

Norreen menunjukkan kesan luka pada kaki anaknya.

PELAKON yang juga personaliti media sosial Norreen Iman meluahkan rasa bengang apabila mengetahui anak sulungnya menjadi mangsa buli di sekolah.

Menurut Norreen, 30, perbuatan buli itu sudah berulang kali berlaku terhadap anaknya iaitu Ellen yang kini berusia sembilan tahun.

Malah, dia juga pernah berjumpa dengan pihak sekolah sebelum ini bagi menyelesaikan isu berkenaan.

norreen 1

Ellen mengadu demam selepas pulang sekolah.

"Berkali-kali dan kena sepak, tolak dan ini kaki dah luka. Sampai dia cakap tak selesa makan di sekolah.

"Bukan tak pernah datang sekolah, cuma ikut undang-undang dan biar cikgu disiplin yang selesaikan," katanya.

Norreen berkongsi luahan tersebut di Instagram miliknya termasuk keadaan terkini Ellen yang secara tiba-tiba kurang sihat selepas pulang ke sekolah pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Norreen Iman banyak menangis sepanjang umrah, luah hasrat kembali ke Tanah Suci pada Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Hujan lebat reda tiba-tiba, Norreen sebak doa dimakbul Allah... “Saya tak tipu, mata kami bergenang”

Pelakon itu turut menunjukkan kesan luka pada bahagian kaki anaknya itu dipercayai akibat perbuatan buli pelajar lelaki di sekolah sama.

"Balik sekolah badan terus tak sihat. Siapa tak naik angin? Dah la anak aku ini sejenis yang happy go lucky," ujarnya.

Lebih teruk lagi Ellen turut mengadu pelajar berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap dirinya meskipun sekolah swasta berkenaan merupakan aliran agama.

norreen 3

Norreen harap kejadian buli tidak berlaku di sekolah.

Sementara itu, dalam salah satu video lain di Instastory, Norreen memberitahu dia mahu bersemuka dengan pihak sekolah selain merancang memindahkan anaknya ke sekolah lain.

Dalam pada itu, pelakon ini turut menasihati ibu bapa supaya sentiasa memantau anak-anak supaya kejadian sama tidak berlaku.

"Periksalah anak-anak anda di sekolah. Minta perkembangan dari cikgu," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain