suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan saja-saja mangkuk tandas ada 2 butang pam... Ambil tahu fungsi, silap tekan boleh rosak!

Sistem pam tandas perlu digunakan dengan cara yang betul. -Gambar hiasan

PASTI anda pernah melihat pam tandas yang mempunyai dua butang di atasnya.

Satu butang besar, dan lagi satu butang kecil yang terletak bersebelahan.

Apabila anda sudah selesai 'melepaskan hajat', anda akan menekan butang ini untuk mengaktifkan mekanisme pam air.

Jadi, apakah perbezaan kedua-dua butang ini dan bagaimana fungsinya?

Melalui satu perkongsian di TikTok oleh penjual barangan bilik air dikenali sebagai Jambanking, ternyata kedua-dua butang ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan jika anda tersalah tekan, pam tandas anda boleh rosak.

Tandas perlu digunakan dengan cermat agar tidak mengalami kerosakan. -Gambar hiasan

Menurut Jambanking, butang kecil akan mengeluarkan separuh air sahaja daripada dalam tangki iaitu sebanyak tiga liter.

Butang besar pula akan mengeluarkan sebanyak enam liter air daripada dalam tangki.

Oleh itu, jika anda membuang air kecil, gunakan butang kecil sahaja, jumlah air yang dikeluarkan memadai untuk membersihkan mangkuk tandas anda.

Manakala jika membuang air besar, tekan butang besar kerana air yang dikeluarkan daripada tangki adalah untuk pembersihan sepenuhnya.

Jangan sesekali tekan kedua-dua butang serentak kerana pam tandas akan cepat rosak selain berlaku pembaziran air. - Jambanking

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain