suria

Nampak remeh tapi 6 barang ini sangat berguna, mudahkan urusan jemaah haji... Murah, mudah dibawa

Jemaah haji mula berlepas ke Makkah pada 9 Mei lalu.

UMAT Islam yang mendapat panggilan untuk melaksanakan ibadah haji pasti berasa teruja dan gembira.

Tambahan pula ia adalah rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan oleh mereka yang berkemampuan sama ada dari segi kewangan mahupun fizikal.

Ibadah haji dlakukan pada Zulhijah iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam.

Selain melakukan persediaan dari segi mental dan fizikal serta melengkapkan diri dengan amalan-amalan keagamaan, ini beberapa kelengkapan yang perlu dibawa bagi memudahkan urusan anda di Tanah Suci.

Mungkin ada yang menyatakan ia adalah remeh, namun barangan yang dikongsikan Aina Ili ini sangat berguna untuk para jemaah ya!

Tawas dapat mencegah badan daripada bau yang kurang menyenangkan.

Tawas dapat mencegah badan daripada bau yang kurang menyenangkan.

1. Tawas

Wangi-wangian tidak dibenarkan sepanjang anda menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

Oleh itu, tawas adalah bahan yang paling sesuai untuk digunakan terutama di bahagian ketiak.

Selain dapat mencegah ketiak berpeluh disebabkan cuaca yang panas, tawas juga dapat memelihara badan anda daripada bau yang kurang menyenangkan.

2. Penyangkut pelbagai guna

Dengan adanya penyangkut yang berbentuk 'S', anda dapat meletakkan barang atau beg galas di mana-mana sahaja terutama ketika ingin mengambil wuduk.

3. Beg galas

Kebanyakan jemaah gemar menggunakan sling bag atau beg silang kerana dipercayai lebih selamat.

Namun penggunaan beg galas adalah lebih mudah dan praktikal selain dapat memuatkan pelbagai jenis barangan keperluan seperti perjalanan anda dari Mina ke Arafah.

Getah barang antara barang penting untuk para jemaah.

Getah antara barang penting untuk para jemaah.

4. Seluar dalam pakai buang

Cuaca yang panas dan perjalanan yang jauh membuatkan seluruh tubuh akan berpeluh sehingga berasa tidak selesa.

Dengan adanya seluar dalam pakai buang, anda boleh menukarnya pada bila-bila masa dan terus membuangnya tanpa perlu memberatkan beg.

5. Getah barang

Kebanyakan jemaah haji menggunakan jubah sepanjang masa, dengan adanya getah, anda boleh mengikatnya dengan mudah seterusnya menggunakan tandas atau bergerak ke mana-mana sahaja tanpa khuatir pakaian akan terkena najis.

Ikat sahaja jubah atau kain anda sebelum menggunakan tandas ya!

6. Baldi lipat

Jemaah haji akan berada di Tanah Suci untuk tempoh yang lama.

Kebiasaannya pakaian yang dibawa hanyalah untuk tempoh dua minggu dan perlu diulang cuci untuk penggunaan hari seterusnya.

Jika mendapatkan khidmat dobi pasti memerlukan belanja yang besar, oleh itu bawalah baldi lipat supaya mudah untuk anda mencuci pakaian nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain