suria

Jangan sampai si ibu naik gila, doktor kongsi 6 ‘larangan’ ketika lawat bayi baru lahir

Seorang doktor berkongsi tip apabila melawat bayi. -gambar hiasan foto FAIHAN GHANI/The Star

COMELNYA! Rasa geram nak gomol-gomol pun ada.

Pasti itu yang terlintas dalam fikiran anda sewaktu melawat bayi.

Siapa yang tidak teruja dapat berjumpa denganbayi, sama ada anak kepada ahli keluarga, saudara-mara mahupun rakan anda.

Tapi awas, sebenarnya ada 'pantang larang' apabila anda mahu melawat anak kecil.

bayi

Ramai yang teruja semasa melawat bayi. -gambar hiasan

Begitulah yang disuarakan oleh seorang pengamal perubatan, Dr Redza Zainol yang berpengalaman bertugas di wad yang menempatkan bayi.

"Setiap hari, hidup saya dipenuhi dengan bayi. Maklumlah, jaga wad bayi. Hehe. Sehari boleh pegang, belek-belek sampai 30 hingga 40 bayi.

"Ada beberapa perkara ni, tak perlu buat kalau pergi melawat bayi,” tulis Dr Redza menerusi ciapan di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan panik! Ini yang boleh ibu bapa lakukan sekiranya anak dijangkiti HFMD

Berikut adalah tip yang dikongsi oleh Dr Redza sekiranya anda datang melawat bayi:

1. Kalau nampak bayi yang baru lahir, tak perlu nak main cak cak dengan bayi tu. Dia belum pandai lagi nak main cak cak. Mata bayi tu baru boleh tengok bayang-bayang je.

2. Jangan suka-suka pegang dan cium bayi orang tanpa izin ibu dan ayah bayi tu. Bayi ini sistem imun dia belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman. Banyak kuman yang ada pada orang dewasa, gejala tak teruk tapi pada bayi sampai boleh mengancam nyawa.

dr redza zainol

Dr Redza Zainol sering berkongsi ilmu kesihatan bayi, kanak-kanak dan kekeluargaan.

3. Jangan tegur bayi tu mata dia juling. Kebanyakan bayi ni, kedudukan mata dia akan jadi normal semula selepas usia empat bulan. Kalau masih juling selepas umur empat bulan, boleh dirujuk pada doktor mata.

4. Kurangkan bagi tip itu dan ini pada ibu muda. Kalau dia tanya, bolehlah kita kongsi tip dan pengalaman. Yang lebih penting ialah sokongan moral dan mental. Kita ada di situ, dah cukup untuk buat dia rasa selesa.

5. Perokok ada risiko bawa third hand smoke pada bayi. Maksudnya partikel asap rokok pada badan perokok tu boleh melekat pada kain bedung dan baju bayi. Bayi yang terdedah pada third hand smoke, berisiko untuk dapat jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kematian secara tiba-tiba ketika tidur (SIDS). Jadi, perokok sila jauhkan diri anda dari bayi.

perokok

Perokok ada risiko bawa third hand smoke pada bayi.

6. Ini paling selalu pelawat buat. Mak tu berjam-jam susukan anak sebab nak bagi anak dia tidur. Kita pula datang terus kejutkan bayi. Memang boleh bikin mak tu 'naik gila' dan stres.

Sehubungan itu, Dr Redza yang sering berkongsi ilmu kesihatan bayi, kanak-kanak dan kekeluargaan meminta orang ramai mengamalkan tip yang disyorkan semasa melawat bayi.

"Bila pergi ke rumah orang, ingat tau apa yang saya kongsikan ni. Kadang-kadang kita tak sengaja sebab excited sangat nampak baby kan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain