suria

Orang lain makan macam-macam tetapi kurus! Kita pula kena elak ambil makanan ini

Pengambilan roti putih tidak digalakkan kadar metabolisme anda.

NAMPAK saja makanan sedap-sedap, pasti ada antara kita yang makan sampai lupa diri.

Bagaimanapun, setiap orang mempunyai kadar metabolisme yang berbeza.

Mesti anda pernah tengok orang di sekeliling seperti rakan-rakan... mereka makan piza kek coklat tapi berat tak bertambah. Lebih geram mereka tak bersenam pun!

Tapi janganlah mengikut cara mereka, sebaliknya kita perlu meningkatkan BMR atau kadar metabolisme untuk menurunkan berat badan melalui pemakanan.

Makanan terbaik untuk meningkatkan kadar metabolisme ialah yang mengambil masa lebih lama untuk dihadam dan membuatkan anda berasa puas.

Bagi makanan terburuk pula adalah makanan yang bertukar menjadi glukosa dengan cepat.

soda

Minuman soda hanya membuatkan anda berasa lesu dan lapar. foto Relaxnews

1. Gula-gula, soda, pencuci mulut

Makanan seperti gula-gula, minuman soda dan pencuci mulut yang manis memberikan tenaga kepada anda dengan cepat, tetapi ia secepat itu juga akan membuatkan anda lesu dan lapar.

Rasa lapar itu boleh mendorong anda makan berlebihan, maka yang mengandungi Indeks Glisemik (GI) tinggi dikaitkan dengan penambahan berat badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan banyak tapi kurus melidi... awas mungkin ini penyebabnya!

GI merupakan petunjuk mengenai berapa cepat makanan yang dimakan ditukar kepada glukosa ke dalam salur darah.

Makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi mengambil sedikit masa untuk dihadam supaya ia cepat meningkatkan tahap glukosa dalam aliran darah anda.

spageti

Spageti hanya melambatkan kadar metabolisme.

2. Roti putih

"Tepung putih mempunyai semua bahagian gandum paling sihat, seperti serat dan nutrien," kata pakar diet berdaftar, Lisa Moskovitz, RD, CDN, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif NY Nutrition Group.

Menurut Moskovitz, tanpa serat menjadikan roti putih mudah dan cepat dihadam sekali gus metabolisme anda tidak perlu beroperasi pada kadar lebih tinggi dan membakar lebih banyak kalori untuk memecahkannya.

Boleh dikatakan, makanan paling teruk untuk dimakan jika anda mahukan metabolisme lebih tinggi adalah yang terdiri daripada gula ringkas tanpa sebarang serat.

Seperti roti putih, ia melambatkan metabolisme dengan indeks glisemik kira-kira 75. Makanan yang disenaraikan GI pada skala 0 hingga 100, dengan glukosa tulen mendapat skrol 100.

3. Spageti, nasi putih

Sesetengah bijirin sejuk mempunyai rating lebih tinggi daripada roti putih iaitu sekitar pada skala 81. Makanan lain dengan GI tinggi yang melambatkan metabolisme termasuk granola, nasi putih, spageti, biskut, kek, pastri, soda dan apa sahaja yang ditapis dan diproses.

ikan

Ikan mengandungi protein yang tinggi.

Meningkatkan kadar metabolisme adalah sukar untuk dilakukan tetapi dalam jangka pendek.

Namun anda boleh meningkatkan metabolisme pembakaran lemak dengan melakukan lebih banyak senaman, terutama berintensiti tinggi yang dijarakkan kepada selang masa yang singkat.

Justeru, cara yang lebih mudah ialah mengelakkan makanan paling teruk untuk metabolisme anda dan memilih makanan yang terbaik.

Makanlah makanan yang mengandungi protein yang tinggi seperti daging tanpa lemak dan ikan, atau serat seperti kekacang, juga buah-buahan dan sayur-sayuran serta bijirin penuh. - Eatthis

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain