suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peluang Saksikan Pembukaan Para Asean

KUALA LUMPUR: Peminat sukan tanah air boleh menyaksikan acara gilang gemilang pembukaan Sukan Para Asean Kesembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, percuma, pada 17 September.

Penonton bagaimanapun perlu mendapatkan pas masuk ke upacara pembukaan itu sebagai langkah keselamatan untuk mengawal kemasukan dan agihan tempat duduk di dalam stadium, menurut Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) dalam kenyataan media.

Katanya, setiap individu layak mendapatkan maksimum 10 pas masuk dan orang  ramai boleh mendapatkannya secara dalam talian www.kualalumpur2017.com.my atau di kaunter tiket di Stadium Nasional.

Kaedah dalam talian bermula hari ini (11 September) hingga 12 tengah hari ,16 Sept dan pas masuk itu perlu dimuat turun serta dicetak untuk dibawa bersama ke stadium.

Bagi pengambilan sendiri di Stadium Nasional, tiket boleh didapatkan pada 16 Sept dari pukul 2  hingga 6 petang dan pada 17 September mulai 12 tengah hari hingga 6 petang.

Sukan Para Asean Kesembilan menawarkan 368 butir pingat emas daripada 16 acara sukan yang dipertandingkan, bermula dari 17 September hingga 23 September.  -- Bernama


Para Asean, Masoc

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain