Khairul Hafiz Idam Sokongan Rakyat Malaysia Untuk Raih Hatrik Emas - Sukan SEA 2017 | mStar

Khairul Hafiz Idam Sokongan Rakyat Malaysia Untuk Raih Hatrik Emas

KUALA LUMPUR: Raja Pecut Sukan SEA ke-29, Khairul Hafiz Jantan berharap rakyat Malaysia akan terus menyokongnya untuk meraih hatrik pingat emas temasya itu, selepas meraih emas acara 100 meter.

Khairul yang menamatkan kemarau pingat emas negara dalam acara 100m selama 14 tahun, terharu dengan sokongan padu rakyat Malaysia pada hari ini, selepas agak tertekan pada permulaan acara itu.

Kali terakhir pingat emas acara 100m itu dimenangi atlet negara ialah menerusi Nazmizan Muhammad pada Sukan SEA 2003 di Vietnam.

“Biasalah, masa final ada rasa takut sikit, tapi bila dah tahu semua datang, Khairul dah bangkit balik untuk menang pingat emas ini. Saya ingin menghadiahkan kemenangan ini kepada keluarga, jurulatih saya (Mohd Poad Md Kassim) dan semua rakyat Malaysia.

“Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana izinkan saya menang emas pada hari ini dan menunaikan janji saya kepada seluruh keluarga, jurulatih dan semua rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pingat di Stadium Nasional di sini.

Pelari berusia 19 tahun dari Melaka itu menjuarai acara riben biru itu selepas menewaskan juara bertahan, Eric Cray dari Filipina dengan catatan masa 10.38s.

Eric yang mencatatkan 10.43s bersama dengan peserta dari Thailand, Kritsada Namsuwun, meraih perak berdasarkan ‘photo finish', manakala peserta dari Thailand terpaksa berpuas hati dengan gangsa.

Khairul seterusnya akan beraksi dalam acara 200m pada hari esok, diikuti oleh acara 4x100m pada Jumaat.

Bagi Mohd Poad, kejayaan Khairul adalah sesuatu yang telah dijangkakan sejak beberapa tahun dahulu lagi, berdasarkan kebolehan dan tahap disiplin beliau.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana izinkan Khairul menang emas hari ini…sebenarnya banyak benda yang berlaku sebelum final ini, Alhamdulillah semua doa rakyat buat Khairul dapat capai keputusan ini. Dia rasa tak selasa pada kaki sebelum final.

Permulaan dia ada goyang sikit, tetapi dapat diperbaiki. Bagi saya, kunci kejayaan dia ialah disiplin diri dan sifat keimanan dia. Selain itu, setiap kali kejohanan saya akan simpan telefon bimbit dia kerana tidak mahu fikiran dia terganggu,” katanya.-- Bernama

Khairul Hafiz , Sukan SEA

Artikel Sebelum

Pakat Semput Kejar Speedy Jantan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Khairul Hafiz Fokus Sukan Komanwel, Asia

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain