suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Hari Ini Milik Itali' - Del Bosque

Cesc Fabregas dan Iniesta kecewa selepas Sepanyol gagal mara ke suku akhir.

VICENTE Del Bosque mempertahankan anak buahnya selepas tewas 0-2 di tangan Itali pada kelompok 16 pasukan terbaik Euro 2016 dengan menegaskan 'mereka sudah cuba melakukan yang terbaik tetapi nasib menyebelahi Itali.'

La Furia Roja belum pernah kecundang di tangan Itali dalam kejohanan berprestij sejak suku akhir Piala Dunia 1994.

Namun hasrat Sepanyol untuk mempertahankan kejuaraan itu tidak kesampaian selepas kekalahan tersebut.

"Kami perlu menerima kekalahan ini dan memandang ke hadapan.

"Hakikatnya kekalahan amat menyakitkan. Sejak lapan tahun lalu kami amat kuat tetapi hari ini milik Itali. Kami sudah cuba melakukan yang terbaik tapi tiada nasib," katanya kepada Telecincoes dan Sky Sport Italia.

Sementara itu bintang Sepanyol Andres Iniesta mengakui Itali mempamerkan aksi luar biasa pada pertembungan penentuan berkenaan.

Jaringan Giorgio Chiellini dan Graziano Pellè memacu The Azzurri menempah slot ke suku akhir bertemu Jerman pada 2 Julai ini.



Sepanyol, Euro 2016

Artikel Lain